Thursday 4 August 2011

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

Assalamualaikum......

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita gumbira mcm ni.... Nampak sangat kan tak tengok berita semalam... huhuhuhu... aku dapat tau ni pown sebab ade sorang akak nih yang bagi tahu.... Yer la aku ni asik dok mengeluh jer duit xde.... Td bila akak nih bg tau je aku terus la aku buka utusan malaysia hari ini...

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.
"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.
"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya


Harap-haraplah pihak tertentu duk pertimbangkan pemberian bonus ni untuk semua kakitangan awam.... Amin...






selamat berpuasa

google  images
         

Assalamualaikum.....
belum terlambat lagi kan nk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua... Alhamdullah tahun ni masih ade lagi ramadhan buat diriku sekeluarga...
Semoga dengan keberkatan Ramadhan kali ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini....

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri. 

Sentiasa la beringat bahawanya Allah tidak akan memberi dugaan di luar kemampuan umatnya... Dan sentiasalah bersyukur di atas apa yang di berikan.... 
Amin.....



Tuesday 2 August 2011

Penjaga gol Harimau Malaya putus tunang!


keterangan Khairul Fahmi Che Mat


Keterangan Elia Jejariruncing

Agak mengejutkan apabila tersebarnya berita yang kurang enak di dengar apabila penjaga gol terkenal iaitu Khairul Fahmi Che Mat (KFCM)memutuskan pertungannye... Agak kecewa jugak la bila dapat tahu macam ni pulak jadinya... Bertambah lagi kecewa bila member aku sendiri yang bagi info ni kat aku... (huhuhuhu)... Mula tu aku memang x percaya sangat dengan kabar berita macam nih... Hari ni bila aku buka jer blog cik epal ni http://cikepal06.blogspot.com/ terang-terang dah nampak... Aku tak percaya lagi, aku buka la pulak blog si gadis manis iaitu tunang si KFCM untuk mendapatkan kepastian http://jejariruncing.blogspot.com/.
Ternyata benarlah ape yang aku dengar dari member aku nih.... Yang aku suka sangat dengan mereka berdua nih sebab aku rasa mereka sangat-sangat suwitt couple.........

Tapi Ape-ape pown aku berharap mereka berdua ni sabar dalam menempuhi segala ape yang berlaku... Kita sebagai makhluk Allah yang kerdil hanya mampu merancang dan yang menentukan segala-galanya hanya 'DIA' sahaja....




Wednesday 27 July 2011

M.A.K.A.N

Assalamualaikum....
hye uollsss....
Bagaimanakah keadaan anda pada hari ini??

Rabu, Pagi tadi aku telah bangun dari tidur pada pukul 5.30 pagi... Bukan bangun-bangun terus ke bilik air then mandi ok...
celik je mata ni berangan jap.... hihihihi... gosok-gosok mata ( penting ok supaya clear semua segala ape yang di mata itu...).. Dalam 10 minit gitew la... bukannyer lama benor....
Masuk bilik air pown boleh lagi termenung bagai.... (nampak sangat takut air).... Kali ni dalam5 minit macam tu la...
Selesai mandi semua, solat subuh, makeup2 and termenung lagi sampailah time aku nk p kerja... Hidup aku ni agaknyer memang suka termenung kot... huuhuhuh.....
Jam di mesin perakam waktu tu menunjukkan sudah pukul 7.40... Then aku pown dengan segera mengetuk kad perakam waktu itu... Aku ni kan pekerja yang rajin dan berdedikasi thats y datang kerja x pernah yang lewat.... (harusnya puji diri sendiri ok), perlu ker??

Aku datang kerja hari ini adalah untuk bekerja.. memandangkan aku ni pekerja rajin semua kerja yang diberikan oleh bos semuanya siap diselesaikan..(mood : berlagak kau)... tapi bila time tak de kerja beginilah hidup aku.. BOWSAN, BOWSAN, BOWSAN.... sekali lagi aku ingatkan aku ni kan pekerja rajin... hahahahahahha... mesti korang nyampah kat aku kan... Dah xder kerja ni aku ni pown mula la rajin untuk menggodek-godek pc aku nih then terjumpalah beberapa gambar... terus aku menjadi lapar... (ape kene mengena pulak gambar dengan makanan kan)

ambik ko... korang pown dh tergugat kan?? hehehehe... tengah-tengah lapar ni memang mengalir la air liur tu tgk... seb baik la gambar...



me n pijot

                             2 gadis yang comel and ayu tu ialah kak mas & kak mimi..                         

lengkaplah sudah  5 sahabat yang kapalenyer tak berapa nk ok x termasuk aku eak..

location : restoran dapur penyet maju junction

Saturday 23 July 2011

jatuh cinta

Assalamualikum.......
jam di dinding tepat menunjukkan waktu pukul 11.00 malam.... Apa kes aku nih malam-malam sebegini tak reti-reti nak tido???... (relax r abby, kan malam minggu)....nggeeee........ Anyway jari jemari menyusun tari,hihihihihi tetiba pulak nak menyanyi ni pe kes... Almaklumlah sudah agak lama jugak la tak pergi melalak nih so sawan untuk melalak nih makin menjadi-jadi...

Ok sebelum aku melalut tak tentu pasal, kita berbalik kepada tajuk yang korang baca tu... Jatuh Cinta??? Yang mana cukup mengenali diri aku nih dorang mesti tau yang hatiku ini sudah dimiliki oleh insan yang bernama si jejaka... Haruslah si jejaka ok and for ur information i ni bukan la tutttttt.... Dan korang mesti tertanya-tanya adakah aku nih sudah jatuh cinta buat kali yang kedua?? Jawapannya akan di beritahu kejapppp jer lagi... (Agak suspen ok)....

Saya percaya kepada mereka yang sudah lama di dalam dunia bloger nih tentu banyak pengalaman, ramai kengkawan, banyak baca blog sana sini, sampaikan menjadikan pemilik blog sebagai ikon seseorang itu untuk berfesyen..dan dengan bace satu blog juga boleh merubah kepada kebaikan dan juga boleh merubah kepada keburukan.. Itulah risiko yang harus bloger-bloger tempuhi...

Seperti juga saya yang baru saja melangkah masuk ke dunia blog ini (bukan untuk mengejar glamour eak) tetapi untuk berkongsi ceritera kepada diri saya sendiri dan kepada blog saya.... Saya juga seperti anda ade blog-blog yang saya kerap sangat baca... Best la katakan... And saya suke dgn style dorg, cara pemakaian dorang, muka dorang, semua-semua la yang ade pada dorang nih aku suka sangat... Yang seharusnya korang tahu sehinggakan mereka-mereka ni adalah idola fesyen aku tau... ( Kantoi sudah) hihihi... Tapi tak mengapa yang penting kita masih lagi menjadi diri sendiri... Korang pown x perlulah malu yang korang pown mesti macam aku jugak menjadikan dorang ni ikon korang kan... Ececececechhh ngaku jer la...

Inilah insan-insan yang bertuah kerana aku selalu jer singgah kat blog dorang... Dorang-dorang nih sangat la famous.... Yang penting aku low profile... gurau jer... hihihihi....

 Inilah dia fatin liyana.... memang sangat menarik tertarik kau memang da bom.... Ilike ur style fatin... ini link fatin liyana http://honeykoyuki.blogspot.com/


kakak cpm honey nurhaliza... akak memang vogue... awet muda walaupown sudah memiliki 3 cahaya mata...
ini die linknye http://www.qasehkuhoney.com/

Merupakan adik kepada kak cpm... beliaw ialah irine nadia marcello... yang penting mempunyai 2 gigi rabbit... hihihi...dan yang lagi penting beliaw baru saja bertunang (jeleznyer akak)  http://irinenadia.blogspot.com/

Tahniah kamu bertiga adalah sumber inspirasi ku dalam mengayakan sesuatu dari segi shawl, pemakaian, kesihatan, makeup-makeup yang vogue gitew... thnx atas perkongsian anda yang sangat berguna untuk peminat kamu...

sekian saja untuk entry kali ini...

Monday 27 June 2011

Jam jam jam...

assalamualaikum....
Salam sihat
Selamat membaca.......
Agak lama jugak la aku menyepi kan diri tanpa sebarang berita, cerita, kisah yang penuh dengan suka duka dalam dunia yang penuh cabaran onak duri nih....
Adakalanya apabila kita berada disaat-saat yang penuh kegemilangan, disaat yang penuh dengan kasih sayang, disaat yang penuh dengan kegembiraan percayalah pada suatu hari nanti semua yang kita ade and semua yang kita miliki akan hapus, lenyap, hilang dalam sekelip mata.....
pernah kita terfikir semua itu???
or
pernahkah kita terfikir tapi cuba untuk mengelakkan nyer???

Actually entry aku kali ni bukan nyer pasal kesedihan sgt... Cuma tetiba jer rasa rajin nk becerita.......
tu semua mukadimah nye sahaja.... cukup syarat... (jujur gitu...:)....
Banyak sgt bende yang aku nak sharekan dengan uolllssss sebenarnyer.... Salah satunyer adalah 21.4 AND 21.5... Mesti korang nak tau tarikh ape sebenarya kan kan kan... Jeng Jeng Jeng... (ssyyyhhhhhhhhhhh)
Kite stop dulu pasal tarikh tu dulu....

Aku nak cite Pasal jam pulak.... Macam kebiasaanye ofis aku nih sangat2 la  BAIK HATI ngan staf2 dorg nih nak bagi jam tangan kan.... Mybe sebab nak menghargai orang2 yang pernah berjasa kot or mungkin jugak mereka-mereka yang layak ni dapat penghargaan begitu...... But Akupown x berapa sure la sama ada mmg semua jabatan kerajaan Mahupown badan berkanun buat benda yang sama macam kiteorng gk that means "MARA"....

Apa-apa pun tahniah la buat mereka yang layak mendapatkan seutas jam tangan Bonia bagi perempuan dan Tissot bg lelaki... Dan sekeping sijil penghargaan 15 Tahun Pekhidmatan... Dorang nih memang selayak-layaknyer dapat coz lama dh kan bekerja mesti ade penghargaan sebegini... Tapi untuk kali ni kita buat 2 tahun sekali gus iaitu tahun 2009 dan 2010....
2011 Cooming Soon!... Tungguuuuuuuuu..................
hihihihiihihih...


 Tissot 2009 & 2010


  


 
 Bonia 2009 & 2010


Jeless btl bila tgk dorang dapat jam tangan nih... Bila la agaknye aku blh dapat pakai jam tangan semahal ni...
huhuhuhuhu...)

Apa-apa pown tahniah buat mereka.....

Friday 8 April 2011

DINNER, HR DEPARTMENT AT RESTORAN NELAYAN,2.4.2011 ( PART 1 )

Assalamualaikum n halluu uolllsssssssss.... Korang semua masih ingat x entry sebelum nih??? Actually persiapan majlis tu adalah persiapan dinner HR yang telah berlangsung baru-baru ni... Betul ker ayat aku nih... huhuhuhu.... Dan korang-korang yang membaca blog nih mesti tertanya-tanya and ternanti-nanti kan entry seterusnya... Tu pown kalau betul lah apa yang di fikirkan... Seperti biasa aku pown orang penting jugak la dalam majlis ni coz kalau x de aku x de gambar gambar-gambar yang lawa... dh keluar dah ayat berlagak aku nih... Walaupown x la sebesar mana pown jawatan yang di sandang cume di lantik sebagai AJK tak berapa nak rasmi... Ayat kecewa gitu... wahhhhhh terlebey sudah,....

Aku sampai pown agak terlewat sedikit, sedikit je tau bukan banyak.. VIP time tu pown dah sampai..huhuhuh... Tp sempat gak la jadi penyambut tetamu kejap sebab banyak lagi bende lain yang nak kene settlekan.. So sekali lagi aku nyatakan di sini 'AKU ORANG PENTING' ok... hahahahaha....


U see, lewat-lewat aku pown ade yang lagi lewat tau dari aku... huhuhu.... 'Maaf hj Ramli and En Bakar kerana kaitkan kamu berdua... hhuhuhuh...









Pic tiga dari bawah ni bukan aku sampai-sampai terus ade je tp AJK-AJK ni yang bertungkus lumus menghias pentas ni walaupown x berapa lawa gitu.. And korang-korang kene ingat kami dtg buat persiapan ni seawal jam 2 petang ok...Ade aku kisah... :)



Aku tau apa yang di bincang oleh dorang berdua nih... Kalau korang nak tau dorang berdua ni jadi AJK bidan terjun, macam aku... oppsss....... senang cite di paksa menjadi ajk... Thats Y muke dorang jadi kelat macam tuh...



Ta daaaaaaaa,.......... Disebabkan kelewatan aku ni kan, kamu, kamu, kamu tengok nih terus aku bergegas-gegas ke meja pendaftaran, mengeluarkan video cam dalam beg galas aku dan terus wat record... Tak sia-sia dorang semua pilih aku jadi AJK bidang terjun ni... Actually aku tak nak pown pergi dinner ni tapi di sebabkan cik sayang suh gak pegi di turutkan jugak la walaupown bukan dengan kerelaan aku sendiri...


Ala comey-comey belaka kawan-kawanku ni.... Caya la korang memang best sangat- sangat... Dorang nih la AJK yang sebenar yang bertungkus lumus menjayakan majlis nih... Warrgghhhhhhh....  (tetibe).. Ingin tau lagi entry selanjut nye tunggukan kemunculan nyer akan datang... Banyak lagi perkara menarik yang nak di kongsikan dengan korang semua... Muuaaahhhhhhhh....




Jumpa Next part ok...!!!

Sunday 3 April 2011

Majlis Persiapan..??

Assalamualaikum :)


















Toin Toink Toink.... Mesti korang nak tahu kan Entry ape Yang akan kite Update selepas ini... If korang semua nak tau n tak mau ketinggalan mengetahuinya rajin-rajinlah singgah ke Blog ini... Hikhikhikhik
(gelak nakal).....

Tuesday 29 March 2011

Segalanya Bermula Di Sini

Entry kali ni juz cuci-cuci mata mengimbau kembali zaman-zaman kegemilangan yang teramat-amat bermakna bagi qu.... Cewaahhhhhhhhh.... Semua gambar yang di uploadkan adalah benar sama sekali dan ia nya bukan cetak rompak semata-mata... hihihihihi :)

1.  31.10.2009 sewaktu di Cameron Highland.. Pada ketika itu umurqu baru teeetttttt....


2. Location : Cameron Highland


3. Location : Cameron Highland


4. Location : Cameron Highland


5. Location : Batang Si mcm ni kot ejaan die... huhuhuhu...., Syok HABIS.....

6. Location : Batang Si, fuyooo sangat best bermain dengan air....


7. Location : Batang Si

8. Location : Otw ke Bagan Lalang


9. Bagan Lalang


10 : Location : Bagan Lalang

11. Location : Bagan Lalang

12. Location : Bagan Lalang


13. Location : Bagan Lalang

14. Location : Bagan Lalang

15. Location : Bagan Lalang

16. Location :  MARA

Sunday 27 March 2011

VCO ( VIRGIN COCONUT OIL)

Ha.... mesti korang-korang semua terfikir ape itu VCO kan??? Actually mula-mula kite pown x tau ape itu VCO... Tp selepas mengetahui banyak sangat khasiat yang ada dalam VCO ni so kite tergerak hati la pulak nak share kat semua tentang VCO nih... manalah tau kot-kot dapat membantu masalah yang korang hadapi... VCO nih adalah sejenis suppliment keluaran catalyst yang menggunakan seratus peratus bahan semulajadi yang teramat-amat sangat bagus sehingga x terkata... Katewnye... Kalau korang nak tau VCO ni mcm na, ha ni die...





Dulu-dulu pown kite tak tau la pulak pasal suppliment ni, almaklumlah tak berani nak cuba-cuba sangat coz x berapa yakin... Lagi-lagi yang jenis telan-telan nih haisyyy memang cukup tak suka... Huhuhuhuh.... But yang memperkenalkan kite dgn suppliment ni kite rasa korang tersangat la kenal dengan 2 orang beradik yang cukup-cukup fames dalam dunia berblogging ni... Kite yakin korang cukup kenal dengan Irine Nadia Marcello & CPM Honey Nurhaliza... Dorang lah yang sangat baik hati dan tak kedekut ilmu untuk sharekan kepada semua orang tentang kebaikan VCO ni....

Yang best nyer VCO ni boleh diambil dengan semua jenis peringkat umur... Selain boleh telan, VCO ni jugak boleh kite sapukan dekat seluruh kulit muka kite... Nak bagitau kat korang nih, bila sapu jer kat muka biarkan semalaman kulit muke kita akan  jadi lembut gitu... tak pecaye??? Korang try la beli... Lagi satu kite sebenarnya ade masalah sikit kalau time-time hujung bulan, biasalah orang perempuankan. Tapi alhamdulillah  lepas je makan VCO ni senggugut kite berkurangan berbanding sebelum makan VCO ni., guling sana guling sini kalah cerita hindustan... ehe...Kite berani cakap macam ni bukannya ape sebabnya kite sendiri dah mencuba... So memang sangat-sangat tak menyesal kalau korang try beli VCO nih sebab boleh digunakan 2 in 1 lagi tau... Lagi pown kalau korang duk membazir duit banyak-banyak beli yang mahal2 untuk jaga kesihatan diri & muka belum terjamin lagikan berkesan... korang boleh dapatkan VCO dengan harga RM39.90 dalam setiap botol ade 60 biji kapsul.. Memang berbaloii.... :)




Segala maklumat lanjut mengenai VCO ni or korang semua nak tau ape lagi kebaikan VCO ni or korang semua nak tahu cara pembelian korang semua boleh lah menghubungi  irine_nadia@yahoo.com atau pun korang boleh  juga hubungi honey_nurhaliza@yahoo.com... Kalau korang nak jadi agent for catalyst pown juga boleh hubungi beliau... 


SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday 26 March 2011

sinetron

mesti korang pown minat jugak kan cite-cite dari seberang ni??? bukannya ape cite yang dorang uat ni len dari yang lain... banyak sangat unsur-unsur suspen yag dorang buat... lagi satu kalau tengok cite-cite dorang ni mesti blh pecah bibir tak pown boleh patah gigi..hahahaha... nak tau tak sebab ape?? bila dah geram and bengang dengan sesuatu jalan cite ni mesti akan ketip gigi kat bibir... banyak cerita-cerita dari seberang nih yang boleh buat kite jatuh cinta... Dari yang x minat nak tengok terus akan jadi minat... macam kite la.... minat nak tengok mungkin salah satu satu nye sebeb heronya lar.... kite yakin korang pown sangat-sangat setuju...
cerita ni hero die kite suke baim wong...ehe...

sinetron ni pulak kite yakin korang pown cukup taw... dalam cerita ni kite suke dengan pelakon (RIONALDO STOCKHORST) yang memegang watak ilham... walaupown pada mulanya cerita ini agak membosankan.... tapi di sebabkan ade pelakon hero yang kite sangat-sangat berkenan so haruslah kite menonton..



cerita ni mst ramai yang sangat minat kan kat luar sana termasuklah kite di sini... hero and heroin yang kite minat sangat-sangat... Baim wong and marshanda... jenuhla kalau nak bagi tau semua cerita dari seberang kat sini... untuk starting just post kan pe yang rasa bak di postkan kat blog nih... actually baru nak jinak-jinak dengan dunia blog ni... dolo-dolo ade gak blog tp sayang nyer dh x berfungsi... huhuuh... kali ni nak aktif kan diri lagi dalam dunia berblogging ni... marilah ramai-ramai beri sokongan padu kat kite nih eak... tq...