Thursday 4 August 2011

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

Assalamualaikum......

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan berita gumbira mcm ni.... Nampak sangat kan tak tengok berita semalam... huhuhuhu... aku dapat tau ni pown sebab ade sorang akak nih yang bagi tahu.... Yer la aku ni asik dok mengeluh jer duit xde.... Td bila akak nih bg tau je aku terus la aku buka utusan malaysia hari ini...

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.
"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.
"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya


Harap-haraplah pihak tertentu duk pertimbangkan pemberian bonus ni untuk semua kakitangan awam.... Amin...






selamat berpuasa

google  images
         

Assalamualaikum.....
belum terlambat lagi kan nk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua... Alhamdullah tahun ni masih ade lagi ramadhan buat diriku sekeluarga...
Semoga dengan keberkatan Ramadhan kali ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini....

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri. 

Sentiasa la beringat bahawanya Allah tidak akan memberi dugaan di luar kemampuan umatnya... Dan sentiasalah bersyukur di atas apa yang di berikan.... 
Amin.....



Tuesday 2 August 2011

Penjaga gol Harimau Malaya putus tunang!


keterangan Khairul Fahmi Che Mat


Keterangan Elia Jejariruncing

Agak mengejutkan apabila tersebarnya berita yang kurang enak di dengar apabila penjaga gol terkenal iaitu Khairul Fahmi Che Mat (KFCM)memutuskan pertungannye... Agak kecewa jugak la bila dapat tahu macam ni pulak jadinya... Bertambah lagi kecewa bila member aku sendiri yang bagi info ni kat aku... (huhuhuhu)... Mula tu aku memang x percaya sangat dengan kabar berita macam nih... Hari ni bila aku buka jer blog cik epal ni http://cikepal06.blogspot.com/ terang-terang dah nampak... Aku tak percaya lagi, aku buka la pulak blog si gadis manis iaitu tunang si KFCM untuk mendapatkan kepastian http://jejariruncing.blogspot.com/.
Ternyata benarlah ape yang aku dengar dari member aku nih.... Yang aku suka sangat dengan mereka berdua nih sebab aku rasa mereka sangat-sangat suwitt couple.........

Tapi Ape-ape pown aku berharap mereka berdua ni sabar dalam menempuhi segala ape yang berlaku... Kita sebagai makhluk Allah yang kerdil hanya mampu merancang dan yang menentukan segala-galanya hanya 'DIA' sahaja....